|
Minggu Inovasi Konvensyen KIK Peringkat Negeri Sarawak 2017 |
Posted on : 21 Oct 2017 Source of News: The Borneo Post
|
Majlis Inovasi Konvensyen KIK (Kumpulan Inovatif & Kreatif) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak berlangsung dari 16-20 Oktober bertempat di Hotel Pullman, Miri. Lembaga Pelabuhan Miri (LPM) turut mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut dengan projek yang bertajuk "Pemerkasaan Perkhidmatan Pelabuhan Melalui Aplikasi Mudah Alih" yang menghasilkan produk iaitu MiriPort Apps dalam ketegori Penambaikan. Aplikasi ini memudahkan para pelanggan (agen perkapalan) mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan LPM. Hasil projek Kumpulan D'Beacon berjaya mendapat pengiktirafan 3 bintang.
Majlis Penutupan Minggu Inovasi ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas yang mewakili Ketua Menteri Sarawak. Turut hadir bersama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Gani, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato' Haji Mansor Bin Man dan Pengarah Unit Permodenan Perkhidmatan Negeri, Dr. Anthony Valentine Laiseh.
Syabas diucapkan kepada semua pemenang dan peserta KIK untuk Tahun 2017.
Innovation : Innovation Drives Digital Economy
|

Senarai Pemenang Majlis Penutupan Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak 2017
Pemenang Anugerah Inovasi Ketua Menteri Sarawak & Pemenang Kategori Agensi Kerajaan Negeri |
|
Kumpulan
|
DID Kenyalang |
Jabatan |
Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (Bahagian Kuching) |
Tajuk Projek |
Intelligent Gauge (IG) - Sistem Amaran Banjir berasaskan telemetrik yang membantu memantau paras air di kawasan-kawasan yang terdedah kepada banjir kilat. |
Kategori |
Penciptaan |
|
|
Pemenang Kategori Agensi Persekutuan Sarawak |
|
Kumpulan |
IMISAR |
Jabatan |
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak (Ibu Pejabat, Kuching) |
Tajuk Projek |
Mars Mirror - Untuk memudahkan permohonan passport untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun dengan gambar yang diambil melalui teknik "Live Capture" |
Kategori |
Penciptaan
|
|
|
Pemenang Kategori Pejabat Residen Dan Daerah |
|
Kumpulan |
RES-Q5 |
Jabatan |
Pejabat Residen Bahagian Limbang |
Tajuk Projek |
e-DR- Application (Electronic Disaster Report) - Membolehkan komunikasi antara agensi Kerajaan dengan komuniti dalam memberi dan mendapatkan laporan awal tentang bencana atau kemalangan seperti kebakaran, tanah runtuh dan kemarau. |
Kategori |
Penciptaan |
|
|
Pemenang Kategori Pihak Berkuasa Tempatan |
|
Kumpulan |
PEKA-X |
Jabatan |
Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) |
Tajuk Projek |
Camoflec |
Kategori |
Penciptaan |
|
|
|